Wednesday, April 25, 2007

Agama Rasmi Thailand & AP Bukan Islam-Ketua Perkampungan Islam Hadhari

Assalamualikum Saudara-saudara ku,

Ingatlah hari ini tanggal 25 April 2007, sebagai hari umat islam di Malaysia terus dibuai mimpi di kala ketika rakyat Thailand berserta 500 sami Budhha berkumpul secara aman dihadapan Parlimen Thailand untuk menuntut kerajaan mereka memaktubkan Agama Buddha sebagai agama rasmi Thailand didalam Perlembagaan Thailand. http://www.bangkokpost.com/topstories/topstories.php?id=118329
Jika Kerajaan Thailand bersetuju, ini akan menjadikan Thailand mengikut jejak Indonesia yang mengakui Islam sebagai Agama Rasmi dalam Perlembagaan Indonesia. Adakah Negara Malaysia masih mahu ketinggalan sesungguhnya, agama lain juga bebas diamalkan di kedua-dua Negara tersebut ? Mahukah kita berusaha menobatkan agama Islam sebagai agama Rasmi dalam Perlembagaan Malaysia terus mengangkat Malaysia sebagai Negara Islam yang sederhana.


Apa yang kita semua faham dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan Malaysia, mengandungi 181 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Perlembagaan Malaysia telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Commision Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957. Adakah Perlembagaan Malaysia boleh dipinda. Jawapannya, YA, boleh! Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti 2/3 bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada kedua-dua pada kedua-dua dewan di Parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, Perlembagaan Malaysia telah dipinda 42 kali selama 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan indidvidu adalah pada sekitar 650. Apabila ditanya sekiranya "semangat dokumen sebenar telah dicairkan", beliau menjawab "memang tidak syak lagi." Perlembagaan Malaysia dibahagikan kepada 13 bahagian yang mana setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan.


Walaubagaimanapun, secara langsung hanya ada beberapa peruntukan sahaja yang menyentuh tentang Islam dan umat Islam, terutamanya Perkara 3(1), 11,12(2), 121(1A) dan juga Jadual Kesembilan. Peruntukan-peruntukan lain yang perlu diambilkira termasuklah Perkara 10(4), Perkara 150(6A) dan 159(5).

Perkara 3(1) mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama persekutuan. Ini menarik kerana ia seolah-olah memberi isyarat bahawa Persekutuan Malaysia mempunyai agama dan dengan demikian negara mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan Islam. Turut menarik untuk disebutkan ialah sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong - yang meskipun tidak diberikan kedudukan sebagai ketua agama persekutuan - yang diberi tanggung jawab melaksanakan Islam.

Peruntukan mengenai kebebasan beragama di bawah Perkara 11 jelas sempit dan meletakkan Islam sebagai faktor penting. Ini jelas jika kita lihat fasal (4) yang membataskan ruang lingkup kebebasan agama-agama lain. Batasan ini jelas tidak dikenakan kepada Islam. Perkara 12(2) memberi kebenaran kepada penggunaan wang awam di dalam pelaksanaan Islam. Sementara itu Perkara 121(1A) melindungi kedudukan dan bidangkuasa mahkamah syariah dari mahkamah sivil. Jadual Kesembilan umumnya menyediakan asas bagi pelaksanaan sebahagian daripada tuntutan Islam; sama ada yang disebut dengan jelas atau pun di bawah prinsip siasah syari 'iyyah.

Tiga peruntukan yang dinyatakan di atas -10(4), 150(6A) dan 159(5) - memberi perlindungan kepada Islam kerana melalui peruntukan-peruntukan ini Islam tidak boleh digantung atau dimansuhkan, baik melalui pindaan biasa atau pun melalui darurat. Islam juga tidak boleh dibincangkan secara sewenang-wenang atas nama kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Walaupun secara umumnya setiap peruntukan perlembagaan berdiri sendiri ruang lingkup dan kesannya perlu diteliti dengan melihatnya secara keseluruhan; ia tidak boleh dilihat secara serpihan. Ini kerana perlembagaan adalah sebuah dokumen yang perlu dilihat secara total. Dengan demikian meskipun setiap peruntukan secara umumnya berdiri sendiri ia tidak boleh dibaca secara bersendirian. Inilah yang perlu ditekankan di dalam debat mengenai hak kebebasan beragama sekarang. Selain itu peruntukan berkenaan juga perlu difahami dalam konteks yang tertentu; khususnya jika konteks yang khusus ini tidak dinafikan oleh perlembagaan.

Selain peruntukan-peruntukan yang disebutkan di atas kita tidak boleh mengabaikan peruntukan-peruntukan di dalam perlembagaan-perlembagaan negeri yang turut menunjukkan pengaruh dan kandungan Islam. Di negeri-negeri Melayu -yakni Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor - ini amat jelas di dalam soal kelayakan dan perlucutan sultan, waris takhta dan seumpamanya. Sumber dari http://www.darulkautsar.com/umum/perlembagaan.htm


Saudara- saudaraku,

Didalam Perlembagaan Malaysia yang telah telah berusia lebih 50 tahun dengan lebih 42 pindaan, adakah peruntukan Perlembagaan Malaysia masih relevan? Jawapannya sudah pasti YA! Perlembagaan Malaysia masih relevan dan jelas sumber diatas mengatakan kedudukan istimewa agama islam secara tidak langsung dan dapat diterima dengan baik oleh agama lain tanpa pertumpahan darah sejak merdeka. Perlembagaan Malaysia yang begitu ampuh juga memaktubkan kontrak sosial dalam usaha mewujudkan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18.

Alhamdulillah, selama ini masyrakat Malaysia yang dianggotai 3 kaum utama dan puluhan kaum lain, 5 agama utama dan beberapa agama lain hidup dengan aman dan harmoni dibawah Perlembagaan Malaysia.

Lebih-lebih lagi beberapa langkah utama kerajaan pimpinan Dato Seri Abdullah Badawi yang telah membelanjakan hampir ratusan juta dalam mewujudkan kesedaran terhadap Islam Hadhari dan sehingga kini masyarakat bukan islam telah dapat menerima dengan baik dan yang terbaru Utusan Malaysia dalam edisi 24 April 2007 melaporkan ;

KUALA LUMPUR 23 April – Ahli Parlimen bukan beragama Islam akan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perkampungan Islam Hadhari di peringkat Parlimen yang mereka wakili.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin berkata, perkara tersebut diputuskan setelah kerajaan meluluskan perbelanjaan sebanyak RM11.25 juta untuk mengadakan perkampungan Islam Hadhari di semua Parlimen.

‘‘Setiap Parlimen akan mendapat peruntukan sebanyak RM50,000 untuk mewujudkan Majlis Perkampungan itu yang bertujuan memberi penjelasan mengenai konsep Islam Hadhari kepada penduduk.

“Kerajaan tidak nampak perkara ini boleh menimbulkan kontroversi kerana dengan pelantikan itu menjelaskan lagi kepada semua pihak mengenai Islam Hadhari yang begitu menekankan soal sederhana, tidak ekstremis dan boleh diterima oleh semua tanpa sebarang masalah,” katanya selepas Majlis Penyerahan Cek sebanyak RM50,000 Perkampungan Hadhari Peringkat Parlimen kepada 199 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Hotel Legend di sini, hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0424&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

Jelas, usaha kerajaan telah membuahkan hasil. Ahli Parlimen yang mewakili rakyat bukan islam telah dapat menerima Islam Hadhari dengan baik. Sehubungan itu, apalah kiranya usaha Kerajaan dalam memartabatkan agama islam di rancakkan lagi pengisytihiran Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia dalam Perlembagaan Malaysia dan mengisytiharkan Malaysia secara sah sebagai Negara Islam.

Sebagai muslimin dan muslimat usaha ini wajar di perjuangkan sehingga mecapai matlamat. Ironinya, laman web ini bukan bertujuan menghina Perlembagaan Malaysia, langsung tidak bertujuan menghina agama lain, malah amat menghormati kelancaran amalan agama lain, bukan untuk mewujudkan suasana tidak selesa dan tidak sesekali ingin mengancam agama bukan islam. Perjuangan ini memanfaatkan semua pihak dan menjamin masa depan yang lebih cerah kepada kepelbagaian latar belakang seluruh rakyat Malaysia. Perjuangan ini jelas untuk mengelakkan manupulasi pihak berkepentingan, mematikan usaha pihak berkepentingan serta terus mengawal perkembangan tidak sihat serta anasir-anasir jahat dari semua agama. Seperti yang masyrakat umum mengetahui, isu agama di Malaysia telah dipropagandakan pihak tertentu dalam mencapai cita-cita mereka seperti kes V.Moorthy, Nyonya Teh, Lina Joy, kes pembaptisan 100 anak Melayu di Ipoh dan banyak lagi yang dibendung akhbar utama Negara.

Semua kejadian tersebut terjadi dan tiada penyelesaian dapat dicapai kerana ketiadaan undang-undang yang memaktubkan satu agama sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Malaysia. Jelas, dalam Perlembagaan Malaysia telah meletakkan agama Islam sebagai Agama Persekutuan tetapi tidak dari segi undang-undang Malaysia lantas mencetus masalah demi masalah. Seumpama barah yang jika tidak dibendung akan membawa maut.


Saudara-saudaraku dan pembaca yang budiman,

Penulis adalah Islam sederhana dan merupakan darah campur dari kacukan Melayu-Cina dan jika dibandingkan dengan apa yang dilalui keluarga penulis dahulu hingga kini, sudah pasti kini adalah waktu terbaik untuk mencegah barah ini dari merebak. Agama Islam jelas menghormati dan tidak menghalang agama bukan islam jauh sekali mengancam dalam apa jua cara pun. Setelah lebih 50 tahun agama Islam di Malaysia telah membuktikan kesederhanaan Islam. Rakyat dari pelbagai latar belakang aman dan selamat dalam menjalani kehidupan dan melakukan ibadat mengikut tuntutan agama masing-masing. Adakah kiranya Perlembagaan Malaysia yang menyebut agama Islam sebagai Agama Persekutuan dipinda sebagai Agama Rasmi dan Malaysia dikenali sebagai Negara Islam meberi impak buruk kepada kita yang telah 50 tahun bersama mebangunkan Negara Malaysia tercinta ini. YA, Malaysia tidak akan berada di kedudukan hari ini tanpa Melayu, Cina, India dan lain-lain bersatu dan bertolak ansur serta saling memahami. Malaysia tidak akan mempunyai masjid, kuil, tokong, gereja dan lain-lain pusat ibadat antaranya yang terbesar di Asia Tenggara tanpa kerjasama dan hormat-menghormati antara Agama Islam.

Adalah amat diharap, tuntutan Malaysia sebagai Negara Islam dapat diberi perhatian dan dikaji dengan mendalam oleh Kerajaan Malaysia.

Amin.

Sunday, April 22, 2007

Agamaku Bangsaku Malaysiaku

Very Good Day To All Humble Servant Of God and Assalamualaikum to Muslimin and Muslimat, May Allah Bless Us Indeed. My identity is not important yet, till one day Malaysia been declare legally in "Perlembagaan Malaysia" as Negara Islam. As for now, the "Perlembagaan Malaysia" only stated the official religion of Malaysia is Islam. This proposal won't go anywhere without getting all muslimin and muslimat in Malaysia united. Let's pray to Allah so the bill will be take in consideration of our nation.

In fact, I know it is very imposible for getting the bill endorsed and agreed by all races in our lovely, peacefully Nation - Malaysia. However, we Muslim believe in Allah. If Allah say yes, then nothing is greater than HIM to stop our determination to make Malaysia legally as Islam country. We have been introduced by our government about Islam Hadhari which generally means moderate islam. Islam that accept technology, modernisation, changes but still bound to hukum Allah s.w.t. This Islam Hadhari, introduced by Prime Minister of Malaysia, UMNO and Barisan National President, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi and slowly been accepted by Malaysian. I believe, this is the right time to declare Malaysia legally in Perlembagaan Malaysia as Negara Islam. I also believe all UMNO members will support this proposal because they are loyal to UMNO party and islam.

Why is this neccesary to Malaysia? People of Malaysian is more mature than ever. We have shared all our neccesity, workplace, language, cultural and even festival. Our races intergration work very very well and if there are an issues, it would be a minor one. Our government and present brilliance leaders have guaranted that our socio-economy is in the right path and our economic performance is the best ever in Malaysia history. Our BSKL indicator show the healthy economy under the present leader of Islam Hadhari. To declare Malaysia leggaly in Perlembagaan Malaysia as Negara Islam can prevent chaos in future as we already declared to the world at early 90's that Malaysia is the Islam Country. Evenmore, lately, are we aware of what happen to Lina Joy, V. Moorthy, Nyonya Teh, and other similar cases. Are we aware of Interfaith Commision (IFC) , but are we going to leave Interfaith Commision (IFC) *if IFC accepted by goverment* without leader. Are we aware of a underneath movement to spoilt other religion image? Are we aware of cases involved Perak Mufti and Azhar Mansor. Are we aware of accusation towards Gerakan Party Wilayah of their claimed to Sultan Perak to termination Mufti position from Harusani Zakaria. Off al these, are we Malaysian going to leave these cases bygone and hunt us back in future.

How can this be possibly happen? Hopefully, our IPTA, IPTS, Colleges, Institutional can take up this proposal and perform a proper stage of debate. This is very important, to deliver a message to non-muslim that by making Malaysia lehally in Perlembagaan Malaysia as Negara Islam wont make any changes farover, threatening to their life and believe's. Eventhough, at the eyes of the world, Malaysia has been declared by TDM to the world as Muslim country. Does it stop any foreign investor. Does it implicate unneccesary bahaviour among us. Its already been 10 years after TDM did that, and we still living together peacefully ever after. This step wont make any harm or changes to anybody accept for those that aim for more that what they earn today. Yes, it is not wrong to have such behaviour, but as Malaysian and a citizen that love our peacefully life between races to remained forever, those behaviour are very wrong and dangerous.

To muslim and muslimat, unfortunately, I am not the first person to fight for this bill. To make this dream come true. All Mufti did, all Imam, all Uztaz did in their ways. Then, what can we do. Ho can we do? What ways are we going to use? Brother's..............dont ask what Allah, Prophet Muhamad and Islam do for you................ask what did you do for Allah, Prophet Muhamad and Islam. For your information, I have no choice but to use English (even it is a broken English), so our friend from other races and releigion can understand my view, share my thought and be my friends. This bill or proposal is not threatening, in fact it shouldnt threat anyone. I will use Bahasa Melayu after this acrticle. Forgive me. Assalmualaikum and Good Day.